KemahKeming68

Apex,Farizal Sama Hebat

Tuesday, 4 December 2012




KETUA jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal enggan mendedahkan siapa penjaga gol akan dipertanggungjawabkan bagi mengemudi posisi benteng terakhir pasukan menjelang aksi separuh akhir pertama berdepan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, 9 Disember ini.
Katanya, baik Khairul Fahmi Che Mat mahupun Farizal Marlis memiliki kualiti tersendiri.
"Kita tidak perlu risau mengenai posisi penjaga gawang negara. Itu tidak menjadi masalah buat kita. Cuma, siapa diturunkan, biarlah saya menilai dulu persembahan mereka sepanjang sesi latihan," katanya.

Khairul Fahmi atau Apex disisihkan sementara selepas Malaysia kecundang 3-0 di tangan Singapura dalam aksi pembukaan Piala AFF Suzuki sebelum digantikan Farizal yang cukup cemerlang setakat ini, hanya melepaskan satu gol ketika skuad negara menang besar 4-1 mengatasi Laos, Selasa lalu.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : BolaSepak-Kelantan.com | KelateSoccer.Net | Ammar Aliff
Copyright © 2013. Team Kelantan - All Rights Reserved
Template Disediakan Oleh : Admin Ammar
Powered by Blogger